Tuesday, 4 October 2011

Stage M.E.R.I.S.I.K (part 1)

aduh.... rasa makin berdebar-debar pulak bila terpikirkan family kamil nk dtg merisik.tak tau nk prepare ape,should be biasa-biasa je or prepare simple outfit & make-up. dalam kotak kepala ni just datang tuk menetapkan tarikh n hantaran coz my mom xnk ade bertunang. skrang tgh dok usha cara-cara adat merisik orang melayu. perlu ke ade sarung-sarung cincin ni bagai or just bagi kat mak?

Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

info from Perpustakaan Negara Malaysia

Hopefully, everything ok jer. ada masa lagi sebelum raya haji nk survey-survey pengalaman merisik orang lain ni. Pengalaman orang lama bagus untuk pembelajaran orang yang pertama kali untuk menempuhi alam risik-merisik ni...alahai,belum alam-alam yang seterusnya. suspen jer....

Thursday, 15 September 2011

Perkara baru

Sesuatu perkara yang sedang untuk difahami dan dipelajari.Masa akan menentukannya....